Perlindungan kesihatan takaful

ARKIB : 16/12/2009
Sumber: UTUSAN online
Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

SEMUA orang mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni sehingga sanggup berbuat apa sahaja. Ada yang sanggup memerah keringat, membanting tulang empat kerat, mengorbankan harta mempertaruhkan nyawa.

Tetapi malangnya ramai yang terlepas pandang aspek kesihatan fizikal dan mental dalam mengecapi kebahagiaan hidup.

Ramai yang menabung untuk simpanan hari tua, untuk pendidikan masa depan anak-anak dan seringkali tabungan untuk kesihatan dilupakan.

Malah yang lebih malangnya memandang remeh terhadap aspek tersebut dengan alasan di negara kita ini pihak kerajaan telah menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Dewasa ini, kita seringkali dikejutkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal yang memerlukan dana yang besar untuk kos rawatannya.

"BERILAH HADIAH KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

dua jenis penyakit yang boleh memberi kesan sampingan yang kronik, termasuklah serangan sakit jantung. Penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh terbesar di Malaysia.

Di samping itu, penyakit-penyakit seperti kanser, penyakit buah pinggang, strok dan sebagainya, juga antara penyakit yang dikenal pasti menjadi pembunuh rakyat Malaysia masa kini. Penyakit-penyakit ini memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Sebagai contoh anggaran perbelanjaan perubatan rawatan kanser payudara di sekitar RM20,000 ke RM100,000. Tanpa tabungan yang cukup bagaimana boleh menampung kos perubatan yang tinggi.

Kos untuk perkhidmatan perubatan juga telah turut meningkat dari semasa ke semasa sehingga menjadi suatu beban yang akhirnya terpaksa 'merempat' untuk menagih simpati bantuan orang ramai. Hal ini sudah pasti akan menambahkan lagi bebanan menanggung kesakitan dan kewangan.

Dalam konteks ini, Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan amat mementingkan penjagaan kesihatan fizikal sebagaimana Islam mementingkan penjagaan kesihatan jiwa dan akal.

Malah kaedah penjagaan kesihatan dalam Islam lebih syumul bila mana Islam menetapkan bahawa kesihatan itu bukan kesihatan fizikal semata-mata malah ia mencakupi kesihatan jiwa dan akal.

Kesihatan adalah anugerah yang sangat bernilai dan perlu dihargai. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu (riwayat Bukhari ) dan sabda Nabi lagi yang bermaksud: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (riwayat Muslim)

Islam mendidik kita untuk menjaga kesihatan dengan cara mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Apabila sudah ditimpa penyakit maka Islam mengajar kita agar tidak berputus asa dan hendaklah berusaha mencari penawar sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat." (riwayat Bukhari ) Dan sebaik-baik penawar ialah al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 82.

Di antara kaedah lain yang ditekankan oleh Islam dalam penjagaan kesihatan ialah menitikberatkan kebersihan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.

Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit yang meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran.

Makanan seimbang adalah antara kaedah yang juga diberi penekanan oleh Islam dalam penjagaan kesihatan. Setiap hari kita menikmati pelbagai jenis juadah makanan untuk keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti seharian.

Dalam soal pemakanan ini Allah berfirman yang bermaksud: Wahai manusia, makanlah apa-apa di atas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata.

Firman Allah juga: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik daripada rezeki yang dikurniakan oleh kami kepada-Mu dan bersyukurlah kepada Allah dan kepada-Nyalah kamu bersembah sujud (beribadat).

Pendek kata, Islam amat prihatin dalam soal penjagaan kesihatan malah memerintahkan penganutnya sentiasa mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan. Ini kerana seperti yang disebut dalam pepatah Arab, 'Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat.'

Memang tidak dinafikan pencegahan adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Namun persiapan menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi untuk tabungan kesihatan adalah suatu perkara yang sangat perlu.

Apabila mempunyai kewangan yang mencukupi maka semua perkara akan menjadi mudah dan barangkali tidak banyak kesulitan yang akan dihadapi walaupun sedang ditimpa penyakit. Pepatah Melayu menyebut, 'Sediakan payung sebelum hujan' amat tepat untuk direnungi dan sangat relevan dengan persiapan mewujudkan tabungan untuk kesihatan.

Memenuhi keperluan

Persoalannya, adakah melalui kaedah tabungan biasa seperti yang disediakan oleh institusi kewangan mampu untuk memenuhi keperluan tabungan kesihatan. Memang tidak dinafikan ia merupakan antara kaedah tabungan yang tidak boleh diketepikan.

Cuma dalam hal ini kita mencari satu kaedah yang lebih baik agar ia benar-benar dapat memenuhi keperluan perlindungan perubatan seperti yang kita hajati.

Alhamdulillah, dengan kemunculan takaful seolah-olah memberi nafas baru yang dapat memberikan peluang untuk mendapatkan perlindungan yang lebih komprehensif, adil dan telus.

Hasrat untuk mendapatkan perlindungan kesihatan dapat diperoleh menerusi pelbagai produk berinovatif yang ditawarkan oleh pengendali takaful yang ada di negara kita.

Perlindungan menerusi produk-produk takaful adalah lebih unik kerana ia dirangka berdasarkan kepada tatacara dan modus operandi produk takaful yang mengambil kira kepentingan dan keperluan semua pihak yang terlibat.

Di antara elemen yang ada pada satu-satu produk takaful ialah aspek memberikan bantuan perlindungan (protection) jika ditakdirkan seseorang peserta ditimpa sesuatu musibah.

Sebagai contoh Ahmad menyertai Pelan X dengan mencarum RM100 untuk 10 tahun. Sekiranya Ahmad hidup sehingga tempoh tersebut maka beliau akan memperoleh apa-apa yang terkumpul bagi tempoh berkenaan. Akan tetapi sekiranya ditakdirkan Ahmad baru sahaja menyertai pelan tersebut 1 tahun, beliau meninggal dunia.

Kalau mengikut kaedah simpanan biasa (bukan kaedah takaful) maka Ahmad atau waris Ahmad akan memperoleh secara kasarnya RM1,200. Namun hal ini berbeza dengan kaedah takaful.

Ahmad atau warisnya akan menerima secara kasarnya wang caruman terkumpul dicampur dengan keuntungan pelaburan kemudian dicampur pula dengan baki caruman yang belum sempat dijelaskan yang akan dibayar oleh pengendali takaful hasil daripada derma dan bantuan para peserta lain yang menyertai pelan takaful.

Pendek kata Ahmad atau warisnya akan menerima sejumlah wang yang jauh lebih tinggi berbanding daripada apa yang telah beliau carumkan.

Justeru, perlindungan kaedah takaful seperti yang diterangkan ini jauh lebih bermanfaat dan dapat meringankan beban ketika ditimpa sesuatu musibah berbanding dengan kaedah-kaedah perlindungan biasa.

Takaful Ikhlas sebagai sebuah pengendali takaful yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah telah mengambil langkah yang proaktif dengan menawarkan produk-produk berkaitan perlindungan kesihatan yang inovatif dan dapat memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.

Produk untuk kategori kesihatan ini ditawarkan bukan sahaja kepada individu malah turut ditawarkan kepada badan-badan korporat.

Takaful Ikhlas sangat komited dalam menyediakan perkhidmatan ini selaras dengan iltizamnya untuk memastikan semua urusan perniagaannya berasaskan kepada kesaksamaan dan keadilan.

Di antara produk yang berkaitan kesihatan yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas ialah 'Ikhlas Wanita Takaful' yang direka khusus untuk perlindungan kesihatan wanita, Ikhlas Critical Illnesss. Takaful Rider pula menyediakan perlindungan terhadap 40 penyakit-penyakit kritikal, Ikhlas Hospital Benefit Takaful Rider menyediakan perlindungan dalam bentuk bayaran tunai harian apabila dimasukkan ke hospital dan yang terkini Ikhlas Medic Assist Takaful yang menawarkan lima pelan penghospitalan dan pembedahan yang komprehensif dengan kos yang berpatutan dan turut menyediakan kad perubatan.

Justeru, langkah-langkah proaktif perlu diambil dengan menyertai mana-mana pelan perlindungan kesihatan yang ditawarkan. Menyiapkan perlindungan untuk kesihatan perlu dimulakan dengan segera bukannya setelah penyakit sudah menyerang, seperti pepatah Melayu menyebut, 'Sudah terhantuk baru terngadah.'

Pergi Tak Kembali

Hayatilah bait2 lagu yang didendangkan oleh Kumpulan Rabbani ini... dan akuilah bahawa ajal maut adalah pasti & kita sebagai manusia hanya mampu berdoa..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Duit vs Perlindungan

Kehidupan hari ini semakin terasa "materialistik" lagi-lagi yang tinggal di kawasan bandar yang segala-galanya memerlukan duit ($$$$$). Aduh pening namun tidak boleh kita menidakkan kepentingan duit itu namun semakin berduit juga semakin tinggi perlindungan yang diperlukan untuk mengawal harta-harta kita itu. Selalunya kita sanggup berhabisan untuk melindungi sesuatu yang kita sayangi umpamanya rumah yang kini telah dilengkapi sistem keselamatan yang canggih seperti pemasangan alat CCTV dan juga bermacam-macam cara demi memastikan kesejahteraan hidup kita.

"BERILAH HADIAH KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

Belum lagi kita bincangkan tentang perlindungan yang kita berikan kepada kereta kita dan tentang keperluan memiliki insuran kereta supaya jika berlaku sesuatu kepada kereta kita adalah sesuatu yang dapat menampung kesusahan yang kita dapati. Banyak benda yang kita lindungi mengambarkan harta ini amat berharga kepada kita namun secara tidak di sedari badan kita sendiri kita tidak lindungi secara sepatutnya.

Sedar ataupun tidak harta-harta yang kita lindungi itu selalunya kita berhutang kerana rasanya hampir tiada orang yang memiliki rumah @ kereta dengan membelinya secara tunai. Oleh yang demikian ada tak terfikir oleh kita sekiranya terjadi sesuatu bencana kepada kita sebagai tuan badan adakah dapat keluarga kita meneruskan kehidupan seperti biasa dengan hutang yang kita tinggalkan. Jadi disinilah salah satu peranan takaful ialah apabila kita menyertai takaful disini ialah sekurang2 nya kita berusaha untuk tidak meninggalkan beban kepada orang yang kita tinggalkan seperti anak isteri. Disini apabila kita sertai takaful sekurang kurangnya dengan manfaat takaful tersebutlah digunakan semula oleh waris kita untuk melangsaikan segala hutang kita. Maka bersedialah sekiranya semakin besar hutang kita maka sepatutnya semakin besarlah perlindungan yang kita perlukan.

Selain daripada sebagai perlindungan kewangan masa depan yang tidak ketentuan, takaful juga sebenarnya berperanan sebagai simpanan untuk hari tua kita. Hari ini kebiasaannya kita akan menyimpan di bank, amanah saham, tabung haji, saham juga KWSP (yang wajib untuk pekerja) dan lain-lain. Namun kiranya terjadi sesuatu yang diluar kawalan seperti dimasukkan ke hospital sudah pastilah simpanan kita terpaksa dikeluarkan untuk pembayaran perubatan dan juga kita semakin mengetahui bayaran perubatan kini semakin bertambah. Dan kiranya pula memerlukan pembedahan untuk penyakit yang dialami maka simpanan yang kita adapun kadang-kadang tidak dapat menampung perbelanjaan tersebut.

Belum lagi sekiranya ditimpa penyakit kirital yang memerlukan kos yang agak tinggi dan selalunya berlaku ketidakmampuan untuk kita bekerja seperti biasa dan akhirnya dibuang kerja sedangkan simpanan kita sepatutnya digunakan untuk keperluan keluarga kini terpaksa digunakan untuk rawatan sakit kritikal. Katakan kita menyimpan sebanyak RM100 sebulan maka untuk jumlah RM24K kita perlu menyimpan selama 20 tahun tanpa mengeluarkannya. Dan kiranya disahkan sakit kritikal maka simpanan 20 tahun itu kita gunakan mungkin sekaligus untuk bayaran perubatan. Renungkanlah nasib anak-anak kita.

Fikirkanlah secara bijak sekiranya kita ada RM100 maka kita masih ada pilihan lain yang bersifat melindungi disamping menyimpan tanpa disedari. Boleh baca disini....

Wakil Takaful Anda
Puan Nor Zila
019-210 4240

Produk Takaful Tepati Kehendak Syariah

Utusan Malaysia- bicara muamalat
Ustaz Wan Jemizan

Ramai yang menabung untuk simpanan hari tua, untuk pendidikan masa depan anak-anak. Namun, tidak ramai yang betul-betul membuat persiapan dan persediaan menabung untuk kesihatan.

Malah yang lebih malangnya memandang remeh terhadap aspek tersebut. Alasannya, di negara kita ini pihak kerajaan telah menyediakan perkhidmatan kesihatan kenapa perlu bersusah payah lagi untuk menyediakan dana untuk tujuan tersebut.

Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai penyakit kritikal yang memerlukan dana yang besar untuk kos rawatannya. Penyakit darah tinggi dan kencing manis antara yang boleh memberi kesan sampingan yang kronik termasuklah serangan sakit jantung. Penyakit jantung adalah pembunuh terbesar di Malaysia.

"BERILAH HADIAH, ANDA AKAN BERKASIH SAYANG"

Di samping itu, penyakit-penyakit seperti kanser, penyakit buah pinggang, strok dan sebagainya, juga antara penyakit yang dikenal pasti menjadi pembunuh rakyat Malaysia masa kini.

Penyakit-penyakit ini memerlukan kos rawatan yang tinggi. Tanpa tabungan yang cukup bagaimana boleh menampung kos perubatan yang begitu tinggi.

Kos perkhidmatan perubatan juga turut meningkat dari masa ke semasa sehingga menjadi suatu beban yang akhirnya terpaksa 'merempat' menagih simpati bantuan orang ramai.

Dalam keadaan begini sudah pasti akan menambahkan lagi bebanan menanggung penyakit yang dihidapi dan juga menanggung beban kewangan.

Dalam konteks ini, Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul amat mementingkan penjagaan kesihatan fizikal sebagaimana ia mementingkan penjagaan kesihatan jiwa dan akal.

Malah kaedah penjagaan kesihatan dalam Islam lebih syumul bilamana Islam menetapkan bahawa kesihatan itu bukan hanya kesihatan fizikal semata-mata malah ia mencakupi kesihatan jiwa dan akal.

Anugerah

Kesihatan adalah anugerah yang sangat bernilai dan perlu dihargai. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah (riwayat muslim)

Islam mendidik kita menjaga kesihatan dengan cara mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit. Mencegah itu lebih baik daripada berubat.

Apabila sudah ditimpa penyakit maka Islam mengajar kita agar tidak berputus asa dan hendaklah berusaha mencari penawar. Ini sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat. (riwayat Bukhari).

Dan sebaik-baik penawar ialah al-Quran sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan kami turunkan al-Quran sebagai penyembuh dan rahmat kepada orang-orang yang beriman. (al-Isra': 82)

Di antara kaedah lain yang ditekankan oleh Islam dalam penjagaan kesihatan ialah menitikberatkan kebersihan.

Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit yang meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran.

Makanan seimbang adalah antara kaedah yang juga diberi penekanan oleh Islam dalam penjagaan kesihatan. Setiap hari kita menikmati pelbagai juadah untuk keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti seharian.

Pendek kata Islam amat prihatin dalam soal penjagaan kesihatan malah memerintahkan penganutnya sentiasa mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan. Ini kerana seperti yang disebut dalam pepatah arab, "akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat".

Justeru, menjadi satu tuntutan memastikan segala langkah diambil demi menjaga kesihatan termasuklah menyediakan dana atau sumber kewangan yang cukup.

Tidak dinafikan pencegahan adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Namun persiapan menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi untuk tabungan kesihatan adalah suatu perkara yang sangat perlu.

Apabila mempunyai kewangan yang mencukupi maka semua perkara akan menjadi mudah dan barangkali tidak banyak kesulitan yang akan dihadapi walaupun sedang ditimpa penyakit. Pepatah melayu menyebut 'sediakan payung sebelum hujan amat' tepat untuk direnungi dan sangat relevan dengan persiapan mewujudkan tabungan untuk kesihatan.

Persoalannya, adakah melalui kaedah tabungan biasa seperti yang disediakan oleh institusi kewangan mampu memenuhi keperluan tabungan kesihatan.

Alhamdulillah dengan kemunculan takaful seolah-olah memberi nafas baru yang dapat memberikan peluang untuk mendapatkan perlindungan yang lebih komprehensif, adil dan telus.

Hasrat mendapatkan perlindungan kesihatan dapat diperolehi menerusi pelbagai produk yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara kita.

Pelbagai produk yang inovatif telah ditawarkan oleh para pengendali ini bagi memenuhi keperluan perlindungan kesihatan oleh masyarakat.

Perlindungan menerusi produk-produk takaful adalah lebih unik kerana ia dirangka berdasarkan kepada tatacara dan modus operandi produk takaful yang mengambil kira kepentingan dan keperluan semua pihak yang terlibat.

Di antara elemen yang ada pada satu-satu produk takaful ialah aspek memberikan bantuan perlindungan (protection) jika ditakdirkan seseorang peserta ditimpa sesuatu musibah.

Takaful Ikhlas sebagai sebuah pengendali takaful yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah telah mengambil langkah yang proaktif dengan menawarkan produk-produk berkaitan perlindungan kesihatan yang inovatif dan dapat memenuhi keperluan semua lapisan masysrakat.

Produk untuk kategori kesihatan ini ditawarkan bukan sahaja kepada individu malah turut ditawarkan kepada badan-badan korporat.

Takaful Ikhlas sangat komited dalam menyediakan perkhidmatan ini selaras dengan iltizamnya untuk memastikan semua urusan perniagaannya berasaskan kepada kesaksamaan dan keadilan.

Pelaksanaan hibah dalam konteks operasi Takaful

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.

Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Ibu bapa yang menyertai skim Takaful Ikhlas akan melayakkan anak mereka menerima hibah. - Gambar hiasan
"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya". (riwayat Al-Nasa'i)

Sabda Baginda SAW lagi: "Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya". (riwayat Al-Nasa'i)

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah.

Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi.

Rukun-rukun bagi hibah ialah pemberi hibah (al-wahib), penerima hibah (al-mauhub lahu), benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).

Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara.

Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal.

Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah.

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Hibah diadaptasi sebagai konsep tambahan kepada produk-produk Takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful seperti produk Pelan Pendidikan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Pembayar sumbangan

Produk ini hanya ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di mana ibu atau bapa akan bertindak sebagai pembayar sumbangan (pemberi hibah) dan anaknya merupakan peserta takaful (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Selain itu, pengendali Takaful melalui pengurusan Tabung Tabarruk akan menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran di atas kejayaan tertentu yang dicapai oleh peserta. Hibah jenis ini juga jelas dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini.

Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia.

Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;

3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);

4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan

5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

Bagi produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Namun begitu, nama yang dicadang perlulah terdiri sama ada ibu bapa, pasangan yang sah, anak dan adik-beradik.

Walaupun hibah secara asasnya boleh diberi kepada sesiapa sahaja, namun, bagi menjaga dan memelihara kebajikan waris terdekat, pihak syarikat mengkhususkan kategori individu yang ingin dicadangkan sebagai penerima hibah.

Kesan daripada penggunaan akad hibah ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka atau faraid. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Melihat kepada keperluan semasa, seharusnya lebih banyak produk yang berasaskan konsep hibah dihasilkan. Ia bagi menjadikan produk-produk tersebut lebih kompetitif dan mampu menandingi produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional.

Justeru, para pengendali Takaful seharusnya mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk-produk yang bukan hanya kompetitif.

Apa yang paling penting, ia mestilah selaras serta selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh syariah.

Puan Nor Zila
(019- 210 4240)

SyaWaL ~ sibuk tak terkata ~

Selepas puas berhari raya di kampung bermulalah trend orang bandar berhari raya, open house(OH) memenuhi jadual sepanjang syawal ini. Namun bukanlah cerita OH yang ingin diceritakan tapi kisah-kisah yang sering kita dengar sekiranya berlaku cuti umum yang panjang tak kiralah hari raya aidilfitri, hari raya cina hatta cuti krismas ~ tak lain tak bukan kisah kemalangan.
Ini adalah petikan dari surat khabar Utusan Malaysia bertarikh 3/10/2009 yang bertajuk : Ops Sikap dari kaca mata dua bekas Ketua Trafik.

"Beliau yang memegang jawatan itu sejak 1999 hingga 2002 diminta mengulas sebanyak 261 kematian yang dicatatkan sepanjang Ops Sikap Ke-20 sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 13 hingga 27 September lalu."

Lihat pula angka-angka dari Utusan Malaysia bertarikh 28/09/2009 bertajuk : Hargai nyawa rakyat Malaysia
"Malaysia sekarang berada dalam senarai salah satu negara yang paling tinggi kadar kematian akibat kemalangan jalan raya berbanding dengan negara jiran dan negara membangun lain.
Menurut Menteri Pengangkutan, dianggarkan antara 7,000 hingga 7,500 orang mati di jalan raya dan lebuh raya Malaysia setiap tahun di antara 2001 hingga 2007.
Angka kematian itu jika dibandingkan dengan jumlah 27 juta penduduk negara ini, ia dianggap tinggi."


"BERILAH HADIAH KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

Melalui angka kemalangan yang boleh membawa maut tersebut kita dapat membayangkan juga terdapat mangsa kemalangan yang mengalami cedera parah yang juga memerlukan perhatian. Apabila dimasukkan ke hospital pastilah perkara-perkara seperti bil hospital, perbelanjaan harian malah sekiranya dimasukkan wad sekian lama sudah pasti produktiviti pekerjaan juga turut terjejas. Sekiranya kita masih leka dalam kesenangan tanpa ingin mengetahui sekiranya berlaku kesengsaraan seperti ini kepada keluarga kita maka sudah pasti kita akan menepuk dahi kerana tidak mengambil perlindungan Takaful pada masa kita senang.
Kemalangan kita akan dapat lihat setiap hari dan mungkin kita tidak ingin ambil pusing sehingga ianya terjadi kepada kita. Beringat dari sekarang kerana sesungguhnya kesusahan kita sekarang dalam mencatukan perbelanjaan demi untuk mendapatkan perlindungan Takaful itu akan menjadi satu pelaburan yang amat berbaloi-baloi di masa akan datang. Saya selalu teringatkan kepada kakak sepupu saya yang mendapat pampasan insuran semasa suaminya kemalangan dan kini menjadi OKU tapi masih dapat hidup dengan sempurna sehingga hari ini.

Puan Nor Zila
019-210 4240

Ruang Bicara Muamalat oleh Takaful IKHLAS

Sistem Muamalat & Ekonomi Islam

Islam adalah sebuah agama yang mementingkan keadilan, kebajikan dan tidak menindas umatnya. Jadi, sudah pasti segala sistemnya tidak akan menzalimi sesiapa sama ada dari sistem ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.

Semuanya berlandaskan prinsip-prinsip syariah serta selaras dengan kehendak al-Quran dan sunnah.

Secara amnya, Islam mencakupi tiga skop muamalat manusia yang utama iaitu hubungan dengan Tuhannya, dengan dirinya sendiri dan dengan masyarakatnya. Ini sudah cukup menggambarkan bahawa Islam adalah lengkap dan sempurna.

Alangkah indahnya bagi mereka yang dapat menghayati dan mengamalkan Sistem Islam yang syumul (menyeluruh) sifatnya. Mana tidaknya, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya termaktub dalam ajaran Islam.

"BERILAH HADIAH KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

Di antara cabang dalam Islam itu ialah aspek muamalat. Secara umumnya, konsep muamalat ialah segala aktiviti dan hubungan di antara manusia dengan manusia.

Konsep muamalat ini amat luas skopnya, memadailah pada artikel ringkas ini mengkhususkan sistem ekonomi Islam sebagai satu skop yang dibincangkan.

Hakikatnya, Sistem Ekonomi Islam terasnya adalah akidah yang kuat kerana dengan akidah inilah, sistem ekonomi Islam dapat terlaksana dengan sempurna dan memaksimumkan manfaatnya.

Ini kerana pelaksana kepada sistem ekonomi Islam ini sewajarnya mengetahui segala tindakan yang dibuat mestilah selari dengan kehendak Allah, dan akhirnya akan mendapat keredaan daripada-Nya.

Secara umumnya, ekonomi Islam mementingkan perkara-perkara berikut:

1. Semua aktiviti yang dilaksanakan hendaklah bertepatan dengan syariat Allah kerana dengan berpandukan kepadanya kita akan memperolehi keuntungan duniawi dan ukhrawi.

Usaha ini memerlukan kepada pengetahuan dan pemahaman yang betul berkenaan soal halal dan haram sesuatu aktiviti. Justeru, segala urusan yang dilakukan wajiblah diniatkan semata-mata untuk mendapatkan keredaan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-An'am: 162)

2. Mementingkan konsep keadilan dan kepentingan sejagat. Perkara ini sangat penting kerana setiap manusia mempunyai hak-hak tertentu yang perlu dipenuhi dengan saksama.

Tidak kira kaya mahu pun miskin, setiap daripada manusia itu mempunyai haknya yang tersendiri. Jika yang kaya berjaya dalam perniagaannya, dia seharusnya menzakatkan hartanya atau menginfakkan pada orang-orang yang kurang berkemampuan.

Ia selaras dengan maksud firman Allah SWT: (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (al-Hasy: 7)

3. Keikhlasan dalam memperjuangkan sistem ekonomi Islam. Nilai ini mesti bergerak seiring dengan semua aktiviti agar ia akan membuahkan hasil yang cukup cemerlang dan lumayan yang bersesuaian dengan pandangan syariah Islam. Firman-Nya lagi yang bermaksud: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. (al-Bayyinah: 5)

Perkara-perkara inilah yang menjadi asas kepada terbinanya Industri Perbankan Islam dan Takaful di Malaysia. Ia merupakan alternatif kepada sistem konvensional yang ada pada hari ini.

Kesannya, masyarakat mula sedar dan tertarik dengan sistem muamalah yang berasaskan Islam. Satu ketika dahulu, apabila disebut Bank Islam atau Bank Muamalat, ia adalah sesuatu yang asing.

Namun, hari ini kita melihat semakin banyak syarikat-syarikat takaful dan bank-bank Islam yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Ia membuktikan bahawa segala usaha yang dimulakan oleh para ulama melalui pembacaan dan penelitian ilmu mereka, diguna dan diaplikasikan pada masa kini.

Ia sekali gus menjadikan sistem ekonomi atau muamalat Islam bukan suatu perkara yang retorik untuk dipraktikkan malah menjadi ikutan dan pilihan masyarakat pada hari ini.

Kita dapat lihat kesedaran di kalangan masyarakat Islam semakin meningkat malah orang bukan Islam juga semakin ramai memilih perkhidmatan perbankan dan perlindungan berasaskan Islam tanpa rasa ragu-ragu.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk memperjuangkan sistem ekonomi Islam ini sebagai salah satu cabang dalam Muamalat Islam. Ia bukan sekadar membantu golongan yang memerlukan atau meningkatkan taraf hidup umat Islam, malah yang lebih penting, ia adalah sebagai memenuhi tuntutan akidah Islam itu sendiri.

Jika tidak sebagai penggerak pun, memadailah sebagai penyokong dan pengguna. Namun begitu, adakah kita sanggup melihat sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh untuk menggerak dan memartabatkan sistem muamalah dan ekonomi Islam? Sudah pasti tidak.

Justeru, jadikan diri kita sebagai salah seorang daripada ribuan mahu pun jutaan umat Islam yang memperjuangkan sistem muamalah dan ekonomi yang berasaskan Islam ini.

Bicara Muamalat ~ Operasi Takaful di Malaysia

Media Center Takaful IKHLAS
29 Julai 2009

PETIKAN ucaptama Dr. Zeti Akhtar di Sidang Kemuncak Kewangan Islam Tahunan kelapan Euromoney: Kewangan Islam dan Kestabilan Kewangan Global pada 24 Februari 2009 di London di atas, membuktikan bahawa industri Kewangan Islam di Malaysia secara keseluruhannya mencatat pertumbuhan pada tahap yang sangat memberangsangkan.

Industri takaful sebagai salah satu penyumbang utama kepada petunjuk tersebut tidak kurang hebatnya menyemarakkan arus perdana kewangan negara.

Menyoroti sejarah lahirnya industri takaful di Malaysia akan menemukan kita dengan pelbagai rahsia kenapa industri ini walaupun jika diukur dari sudut umurnya masih boleh dikatakan muda, namun sudah mencatatkan pelbagai perkembangan serta kemajuan yang amat membanggakan

"BERILAH HADIAH KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

Benih kelahiran sistem takaful di Malaysia banyak dipengaruhi oleh keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia yang memutuskan bahawa insurans hayat dalam bentuk yang ada ialah suatu kontrak yang tidak sah kerana mempunyai unsur-unsur gharar (ketidaktentuan), riba dan maisir (perjudian) seawal 15 Jun 1972.

Meningkatnya kesedaran dan rasa perlu umat Islam kepada sistem kewangan Islam pada masa tersebut di samping melengkapkan operasi bank Islam yang ditubuhkan pada tahun 1983, telah merintis satu penggembelingan usaha di kalangan pihak pemerintah dan para pengamal mencari jalan menubuhkan syarikat insurans Islam di Malaysia.

Hasilnya satu Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia ditubuhkan untuk merealisasikan aspirasi ummah tersebut. Berikutan syor Pasukan Petugas ini, Akta Takaful dikuatkuasakan pada tahun 1984 dan pengendali takaful yang pertama telah diperbadankan di Malaysia pada November 1984.

Maka bermulalah sejarah sebenar perjuangan industri takaful di Malaysia. Industri takaful di Malaysia yang bermula dengan hanya satu pengendali dan produk yang tidak banyak pilihan telah mengalami perkembangan yang pesat sejak ia mula diperkenalkan 25 tahun lalu.

Ia bukan sahaja satu industri yang dinamik dan berdaya maju malah telah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam arus perdana sistem kewangan negara.

Rahsia di sebalik perkembangan yang amat membanggakan ini adalah hasil usaha bersepadu pihak yang menjadi tulang belakang kepada industri ini iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan para pengendali takaful itu sendiri yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Berbeza di awal sejarahnya, kini industri takaful tidak lagi digerakkan oleh satu pengendali malah dengan komitmen tidak berbelah bahagi pihak BNM, industri takaful telah dipacu oleh lapan pengendali takaful termasuklah dua pengendali retakaful.

Suasananya menjadi lebih 'meriah' dan mudah-mudahan akan membawa lebih kemakmuran kepada industri kewangan Islam negara.

Asas-asas seperti keupayaan untuk bersaing, kemampuan mengekalkan pertumbuhan dan komitmen pengukuhan kemampuan institusi membantu industri takaful ini terus berkembang walaupun dalam persekitaran kewangan yang mencabar.

Berdasarkan faktor-faktor tersebut industri takaful mempunyai prospek yang sangat cerah untuk menjadi peneraju penyedia jaminan kewangan dan mekanisme pengurusan risiko kepada semua lapisan masyarakat, individu mahupun korporat.

Bagi mendapatkan sedikit tasawwur tentang sistem muamalat Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat ini ada baiknya kita berkenalan dengan beberapa istilah penting. Perkataan Takaful adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud saling menjamin yang melibatkan sekumpulan peserta bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu.

Perkataan Tabarru' pula bermakna derma, hadiah atau caruman. Peserta skim takaful bersetuju memberi sebahagian tertentu daripada caruman dalam kumpulan wang takaful sebagai derma untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan.

Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, indemniti bersama dan saling melindungi. Tabarru' merupakan teras kepada sistem takaful yang menghapuskan unsur-unsur gharar, riba dan maisir.

Dalam sistem takaful, pengendali takaful ialah hanya pentadbir kumpulan wang takaful dan mengurus kumpulan wang tersebut sebagai amanah bagi pihak peserta. Di Malaysia, kontrak di antara peserta dengan pengendali dimeterai menggunakan sama ada kontrak Wakalah atau kontrak Mudharabah.

Menerusi kontrak Wakalah, pengendali takaful dilantik menguruskan perlindungan takaful dan perkara yang berkaitan dengannya oleh para peserta dan peserta akan membayarkan fi sebagai upah di atas perkhidmatan yang diberikan.

Pengendali takaful di Malaysia rata-rata menggunakan kontrak Wakalah ini sebagai teras model mereka. Mudharabah pula, para peserta melantik pengendali takaful menguruskan perlindungan takaful dan perkara yang berkaitan dengannya. Hasil keuntungan pelaburan itu akan kongsi.

Dari sudut operasinya yang dipermudahkan, seseorang peserta akan mencarum sejumlah wang yang dikumpulkan dalam satu dana bersama untuk digunakan sebagai dana bagi membantu mana-mana ahli yang ditimpa musibah.

diamanahkan mengurus dana

Pengendali takaful diamanahkan mengurus dana berkenaan termasuklah melaburkannya bagi memastikan ia berkembang dan cukup untuk membantu ahli di kala menghadapi kesusahan.

Sumber pendapatan pengendali takaful adalah daripada keuntungan daripada pelaburan kumpulan wang pemegang saham, fi wakalah, bahagian keuntungan pelaburan kumpulan wang takaful, dan atau lebihan kumpulan wang takaful.

Seperti yang disebutkan di atas, industri takaful telah mencapai kemajuan dari sudut menawarkan produk-produk yang inovatif yang dapat memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Walaupun industri takaful ini masih lagi dikira baru namun telah mampu menawarkan produk setanding dengan produk-produk yang ditawarkan oleh industri insurans konvensional.

Industri takaful juga sudah boleh dikira telah lengkap dari sudut rantaian produknya yang merangkumi produk-produk yang berkaitan dengan pendidikan, perubatan, kesihatan, simpanan, berkaitan pelaburan, perlindungan kredit, perlindungan harta benda dan sebagainya.

Bermula dengan penawaran produk asas yang terhad kini industri takaful sudah boleh berbangga dengan rantaian produk yang ditawarkan sudah mampu memenuhi keperluan ummah. Pendek kata, tiada lagi alasan untuk tidak menjadikan produk-produk takaful sebagai pilihan.

Dengan kata lain, walaupun masih baru ditambah lagi dengan suasana kewangan global yang sangat mencabar, industri takaful, alhamdulillah tetap menunjukkan pertumbuhan memberansangkan.

Statistik tahun 2008 yang dikeluarkan oleh BNM menyaksikan industri takaful terus menunjukkan perkembangan yang positif. Dari segi aset Takaful Keluarga pada tahun 2008 mencatatkan RM8.9 bilion berbanding RM7.44 bilion pada tahun 2007. Bagi Takaful Am pada tahun 2008 mencatatkan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.37 bilion pada tahun 2007.

Daripada segi sumbangan diperolehi bagi kedua-dua sektor juga mencatatkan pertumbuhan iaitu sebanyak lebih kurang 18 peratus. Penguasaan pasaran dari sudut sumbangan bersih juga menunjukkan pertumbuhan iaitu lebih kurang 10 peratus pada tahun 2008 berbanding 8.7 peratus pada tahun 2007. Pasaran dari sudut aset pula meningkat daripada 6.7 peratus pada tahun 2007 kepada 7.5 peratus pada tahun 2008.

Dari sudut statistik, alhamdulillah telah menunjukkan pertumbuhan dan perkembangan yang positif. Namun dari segi pengisiannya masih banyak perkara yang masih dan perlu dilakukan bagi memastikan industri takaful ini akan terus berkembang dan dapat melebarkan sayap kesejahteraan kepada seluruh ummah.

Dengan pelbagai petunjuk yang ada memberikan keyakinan kepada kita bahawa industri takaful mempunyai prospek yang cerah untuk terus berkembang maju pada tahun-tahun mendatang. Hasil penggembelingan usaha semua pihak yang juga turut disokong oleh peningkatan kesedaran orang ramai terhadap produk takaful, ditambah pula pelbagai inovasi oleh pengendali takaful sendiri khususnya saluran pengagihan yang lebih efisien, membolehkan kadar penembusan pasaran lebih luas kepada segenap lapisan masyarakat.

Industri takaful di Malaysia juga amat bertuah kerana mendapat sokongan padu pihak pemerintah dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif menerusi penyediaan rangka kerja perundangan, pengawalseliaan dan syariah yang kukuh.

Ini akan terus menjadi pemangkin kepada industri takaful mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Usaha dan inovasi yang berterusan terutamanya dalam penawaran produk-produk baru dan dalam memberikan perkhidmatan yang efektif kepada pelanggan akan terus menjadi penanda aras utama pertumbuhan industri takaful pada masa hadapan.

Penggembelingan tenaga untuk melahirkan industri takaful yang berkembang maju dalam ruang kerangka sistem kewangan Islam yang dinamik adalah satu amanah yang sangat mencabar. Namun yakinlah di sebalik cabaran tersebut sudah pasti akan ada kemanisannya. Amat rugi kiranya ada di kalangan kita yang tidak menempatkan dirinya bersama arus perdana ini.

Utusan Malaysia

*WAN JEMIZAN WAN DERAMAN ialah Penolong Naib Presiden,
Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.


Arahan Jauhi Riba'

MELIHAT kepada situasi hari ini, semakin mudah untuk seseorang itu terlibat dengan amalan riba. Bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional mengamalkan riba dalam transaksi harian mereka.

Apabila individu mendapatkan pinjaman daripada bank-bank konvensional atau membeli produk-produk insurans daripada syarikat insurans konvensional, secara automatik individu tersebut akan terlibat dengan amalan riba.

Riba jika dilihat dari segi istilah bermaksud mengambil atau mengenakan tambahan ke atas harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Ada beberapa pendapat dalam penjelasan makna riba.

"BERILAH HADIAH KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.

Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu...(an-Nisaa': 29)

Di dalam al-Quran, perkataan riba ini diulang lapan kali di dalam empat surah iaitu surah al-Baqarah, ali-'Imran, An-Nisaa' dan Ar-Rum.

Ini menunjukkan bahawa pengharaman riba itu diturunkan secara berperingkat-peringkat seperti juga pengharaman arak kepada manusia.

Dalam Surah Ar-Rum ayat ke-39, Allah SWT telah menerangkan unsur negatif yang terdapat dalam riba. Riba itu tidak dapat memberikan apa-apa faedah sekalipun di sisi Allah SWT.

Sebaliknya, orang yang mengeluarkan zakat itulah yang akan dilipat-gandakan pahalanya serta mendapat keredaan Allah SWT. Inilah teguran pertama daripada Allah SWT kepada pengamal riba.

Riba telah disepakati oleh seluruh ulama akan pengharamannya dan ia juga diharamkan oleh semua agama. Allah SWT melaknat mereka yang melibatkan diri dengan riba.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberinya, dua orang saksinya dan juru tulisnya". (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa'i dan Ibn Majah)

Riba adalah salah satu dosa besar. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terlibat dengan riba menjadi sebab mendapat kemurkaan Allah SWT. Pemakan dan pemberi riba sebenarnya mereka memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278)

Al Qurtubi menyebut bahawa tiada dosa yang lebih buruk dari riba sehinggakan Allah SWT sendiri begitu tegas di dalam firman-Nya dengan mengisytiharkan perang.

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang sangat tinggi termasuklah dalam soal hartanya. Tidak wajar mencabuli harta yang dimilikinya kerana ia dikira mencabul kehormatannya. Riba adalah salah satu bentuk pencerobohan ke atas harta orang lain secara batil.

Sebagai contoh dalam pinjaman, sebarang pertambahan ke atas nilai pokok yang diberikan dianggap sebagai mendapatkan habuan tanpa ada susah payah malah diperolehinya di atas kesusahan orang lain.

Oleh itu Islam mengharamkan riba untuk menjaga maruah seseorang daripada sewenang-wenangnya dicerobohi.

Islam sangat menggalakkan sifat tolong menolong di antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud: ...dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah... (al-Maidah: 2)

Falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam ialah untuk memenuhi keperluan seseorang yang dalam kesusahan, memupuk semangat tolong menolong dan untuk menyuburkan kasih sayang di antara satu sama lain.

Dengan mengenakan caj tambahan yang kadangkala berganda-ganda melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang sedang dalam kesusahan.

Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta.

Islam mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan manusia di mana setiap individu perlu menjadi anggota atau unsur kepada produktiviti. Akan tetapi menerusi amalan riba ini menyebabkan manusia menjadi malas untuk berusaha dan hanya memikirkan bagaimana hendak melipatgandakan keuntungan di atas keringat orang lain.

Akhirnya harta tidak berkembang dan hanya berlegar di kalangan orang-orang kaya sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (al-Rum: 39)

Riba juga akan membuka pintu keburukan dan menghilangkan keberkatan harta serta kehidupan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa". (riwayat Ahmad)

Pengamal riba dikira telah melakukan dosa zina ibu bapa sendiri seperti sabda Rasulullah SAW: "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya..." (riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim)

Riba itu boleh terjadi dalam dua keadaan iaitu semasa berjual beli ataupun berhutang. Dalam perbahasan kitab fikah ia disebut sebagai Riba Buyu' (riba dalam jual beli) dan Riba Duyun (hutang).

Riba Buyu' adalah berlaku pertukaran barangan ribawi yang berbeza dari segi kuantitinya seperti menukarkan 1 kilogram (kg) beras jenis A dengan 2 kg beras jenis B atau berlaku penangguhan dari sudut masa seperti membeli emas secara hutang. Dalam konteks semasa riba jenis ini boleh berlaku sebagai contoh dalam urusniaga mata wang asing (forex).

Barangan ribawi ialah medium pertukaran seperti emas, perak, mata wang dan makanan asasi seperti beras, gandum dan sebagainya. Jual beli yang melibatkan barangan ribawi ini hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan agar tidak berlaku transaksi riba seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tepung dengan tepung, kurma dengan kurma, garam dengan garam, bayaran harus dari tangan ke tangan (tunai). Barang siapa memberi tambahan atau meminta tambahan, sesungguhnya ia telah berurusan dengan riba. Penerima dan pemberi itu sama-sama bersalah. (riwayat Muslim)

Riba Duyun adalah riba yang berlaku dalam urusan pinjam meminjam, iaitu apa-apa penambahan ke atas amaun pokok sama ada penambahan tersebut dijanjikan oleh peminjam atau ditetapkan oleh pemberi pinjam semasa akad atau semasa apabila telah berlaku default.

Sebagai contoh, seseorang memberi pinjam kepada sahabatnya RM10,000. Semasa beliau memberikan wang tersebut beliau menetapkan kepada sahabatnya supaya membayar lebih RM500 ke atas nilai pokok tersebut daripada awal lagi atau mengenakan caj sebanyak lima peratus jika sahabatnya gagal membayar ansuran atau sahabatnya berjanji untuk membayar lebih sebanyak RM300.

Semua senario ini adalah contoh mudah senario transaksi Riba Duyun dalam pinjaman. Riba jenis ini banyak berlaku di bank-bank konvensional masa kini seperti pinjaman dalam membeli kereta, membeli rumah, pinjaman peribadi dan sebagainya.

Berdasarkan hujah-hujah yang diberikan sama ada daripada ayat-ayat al-Quran, as-Sunnah dan praktis semasa bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional pada hari ini, ia menunjukkan amalan riba membawa kepada lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada individu mahu pun ahli keluarga mereka.

Justeru, sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab serta mementingkan keadilan dalam setiap perkara, seharusnya kita mempromosikan perbankan Islam dan produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat Takaful, sebagai alternatif dan jalan penyelesaian daripada terlibat dengan amalan riba.

Sekurang-kurangnya, kita telah berusaha untuk memberi jalan keluar kepada masyarakat daripada terus bergelumang dengan amalan riba yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT.

Utusan Malaysia

Bicara Muamalat ~ Takaful: Perlindungan Berteras Syariah

ISLAM tidak pernah melarang umatnya untuk mencipta sesuatu perkara di dalam urusan duniawinya untuk kepentingan dan kesejahteraan hidup manusia asalkan bertepatan dengan prinsip syariah Islam. Inilah keindahan Islam yang begitu unggul!

Malah Islam sangat menggalakkan umatnya agar lebih bijaksana dalam menguruskan kehidupan mereka agar tercapai hasanah di dunia dan juga hasanah di akhirat.

Di antara bidang yang menyaksikan inovasi hebat umat Islam masa kini adalah bidang takaful. Takaful ialah satu kaedah menguruskan risiko yang efektif dan dapat memenuhi keperluan ummah masa kini. Tambahan pula ia menepati prinsip-prinsip Islam yang sekali gus memberikan keuntungan duniawi dan ukhrawi.

Islam sangat mengiktiraf inovasi hebat yang dapat mendatangkan manfaat yang besar seperti ini lebih-lebih lagi apabila hakikat kehidupan kini terdedah kepada pelbagai bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah dan malapetaka.

"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran Karim yang bermaksud: Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali. (al-Baqarah :155)

Dewasa ini, perkataan takaful bukanlah kalimat yang begitu asing kepada masyarakat. Secara umum rata-rata memahaminya bahawa ia adalah satu sistem perlindungan yang berteraskan syariah atau lebih dikenali sebagai sistem Takaful.

Perkataan Takaful di dalam bahasa Arab membawa maksud saling jamin-menjamin atau saling pelihara-memelihara. Di dalam konteks ini, perkataan takaful digunakan untuk memberi makna bahawa ia adalah satu sistem insurans yang berteraskan prinsip Islam.

Sistem takaful ini secara asasnya diadaptasikan daripada sistem khairat seperti yang dilakukan oleh badan-badan khairat surau atau masjid di seluruh negara.

Secara konsepnya, ia merujuk kepada satu kelompok individu telah bersetuju dan bersepakat sesama mereka untuk menyumbang (tabarru') sejumlah wang tertentu kepada satu tabung yang akan digunakan untuk membantu mana-mana individu dalam kelompok tersebut yang ditimpa musibah.

Persepakatan tersebut berasaskan kepada semangat tolong-menolong dan bantu-membantu di antara satu sama lain.

Untuk memastikan tabung berkenaan diurus tadbir secara profesional, kelompok berkenaan (dikenali sebagai peserta dalam sistem takaful) melantik pihak ketiga untuk menguruskan tabung berkenaan bagi pihak mereka.

Dalam konteks sistem takaful, pihak ketiga yang dilantik itu merupakan pengendali takaful yang akan menguruskan tabung berkenaan bagi pihak mereka.

Pihak peserta melantik pengendali takaful berdasarkan asas Wakalah dimana pengendali takaful dibayar upah untuk menguruskan hal ehwal tabung berkenaan.

Aktiviti perniagaan takaful adalah perniagaan yang dijalankan selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang tidak perlu diragukan. Ini kerana pihak bertanggungjawab kepada industri takaful di Malaysia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan kerangka pematuhan dan pengawalseliaan Syariah yang mantap dan efisien.

Akta Takaful 1984 telah memperuntukkan beberapa peruntukan yang mewajibkan pengendali takaful supaya memastikan semua aktiviti yang dijalankan sentiasa mematuhi syariah di samping pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak BNM.

Perkara 8 (5) (a) dan (b), Perkara 11 (1) (a) dan Perkara 53A (1) di antara peruntukan dalam Akta Takaful 1984 yang menyentuh secara langsung atau tidak langsung mengenai keperluan dari sudut akta keatas pengendali takaful memastikan operasi mereka sentiasa mematuhi syariah.

Setiap pengendali takaful berdasarkan Akta berkenaan wajib mewujudkan jawatankuasa syariah untuk memastikan perjalanan perniagaan mereka sentiasa mematuhi syariah. Di samping itu pengendali takaful perlu menyediakan sekurang-kurangnya pegawai syariah yang bertugas sepenuh masa untuk memastikan aspek-aspek pematuhan syariah sentiasa diberikan keutamaan.

Dengan kerangka pematuhan dan pengawalseliaan yang mantap tersebut telah memastikan perjalanan operasi pengendali takaful dijalankan selaras dengan kehendak Syariah yang tidak perlu diragui lagi.

Di samping kerangka pengawalseliaan yang cukup kondusif ini ada di antara pengendali-pengendali takaful yang telah mengambil langkah lebih proaktif dengan membuat penambahan ke atas kerangka pematuhan dan pengawalseliaan Syariah sedia ada.

Sebagai contoh, Takaful Ikhlas Sdn. Berhad telah meletakkan aspek pematuhan syariah sebagai keutamaan dimana ia merupakan antara pengendali takaful yang awal mewujudkan Manual Pematuhan Syariah, memasukkan Pematuhan Syariah sebagai salah satu Corporate Risk Scorecard (risiko korporat) yang perlu dipantau sentiasa, mewajibkan Audit Syariah Luaran dilakukan setiap tahun di samping Audit Syariah Dalaman, mewujudkan persekitaran kerja yang sentiasa mematuhi syariah dan sebagainya.

Nilai-nilai unggul

Di samping itu, untuk memantapkan lagi aspek pematuhan syariah ini, Takaful Ikhlas mengambil inisiatif mendapatkan pengiktirafan dari badan-badan penarafan yang berkaitan. Antaranya Takaful Ikhlas adalah institusi kewangan Islam yang pertama mendapat pensijilan MS1900:2005 (Pengurusan Sistem Kualiti - Keperluan Dari Perspektif Islam)

Selain itu, Sistem Takaful juga dilandasi dengan nilai dan konsep yang sangat unggul khususnya nilai-nilai di sebalik aplikasi akad tabarru'. Menerusi kaedah ini telah melenyapkan unsur-unsur gharar (tidak pasti), riba dan maisir (judi) yang menyebabkan insurans konvensional bercanggah dengan syariah Islam.

Di antara nilai-nilai unggul yang terangkum dalam kontrak tabarru' ini adalah:

1. Saling bertanggungjawab

Peserta-peserta Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satu sama lain. Memikul tanggungjawab dengan niat baik adalah merupakan satu ibadah dan hal ini dituntut dalam Islam.

Lihatlah maksud sabda Nabi SAW: Perumpamaan hubungan orang-orang beriman dari segi kasih-sayang, kecintaan, dan perasaan mereka adalah ibarat satu tubuh (jasad). Apabila satu dari anggotanya tidak sihat, maka seluruh anggota badannya akan berjaga malam dan demam (panas). (riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Saling bekerjasama dan bantu membantu

Peserta-peserta rancangan Takaful bersetuju untuk bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain dalam menguruskan perlindungan dengan baik. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2 dengan maksudnya: Bekerjasamalah kamu pada perkara-perkara kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan.

3. Saling lindung-melindungi daripada sebarang kesusahan dan musibah

Melalui konsep ini, peserta-peserta Takaful mengambil sikap untuk saling jamin-menjamin di antara satu sama lain, di mana sebahagian daripada wang caruman mereka yang dikenal sebagai wang tabarru' (derma) akan diperuntukkan untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah dan pengendali Takaful bertugas untuk mengendalikan wang caruman tersebut dengan penuh amanah.

Maksud sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: "Seseorang yang beriman itu ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan (perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia".

Inilah di antara kekuatan yang ada pada sistem takaful yang berperanan menyelamatkan umat Islam daripada terus menerus dibelenggu oleh sistem yang tidak diredai oleh Allah SWT.

Semoga dengan wujudnya pengendali-pengendali takaful dan penglibatan kita semua di dalam sistem perlindungan yang berteraskan syariah ini, akan memberi manfaat dan jaminan kesejahteraan bersama di dunia dan juga di akhirat.

Blog Widget by LinkWithin